I Love My Family ^_^ muuaaahhhxxx

Photobucket

Wednesday, January 5, 2011

TERBALASKAH JASA SEORANG WARGA TUA..?

    Lafas bismillah pembuka tirai untuk kupasan cerita kita pada kali ini.. sekali lagi seinfiniti kesyukuran aku rafakkan kepada allah s.w.t. kerana berpeluang untuk berkongsi ilmu kepada semua pengunjung yang sudi mengunjungi blog ku ini..alhamdulillah..

    TERBALASKAH JASA SEORANG WARGA TUA..? tajuk yang akan diutarakan dalam blog kali ini.. dari kecil anak yang dijaga dengan penuh kasih sayang.. dek seperti menatang minyak yang penuh.. makan minum semua teratur dengan rapi.. bahkan berjaga sepanjang malam ketika memberi susuan pada anak yang masih kecil.. Kehadiran anak ibaratkan mutiara yang akan menyinari hidup mereka (warga tua).

   Entah kenapa.. saat kau mula melangkah dewasa.. satu per satu yang kau pelajari.. kau dihantar belajar mengaji di sekolah..belajar solat.. menghormati orang tua, buku2 mu, makanan yang kau bawa setiap hari di sekolah.. sanggup ku berjaga malam untuk menyedia kelengkapan sekolahmu.. dengan harapan engkau berjaya ANAKKU..

    Syukur ke hadrat allah.. sekarang engkau telah pun berjaya.. melanjutkan pegajian sampai ke Universiti.. Pekerjaanmu telah menjanjikan ganjaran yang lumayan.. dan engkau telah pun berkahwin.. aku bangga menjadi ibubapamu wahai anakku..  akan tetapi.. sikapmu semakin lama kian berubah.. dimana SOLATmu..? dimana tanggungjawabmu MENGHORMATI ORANG TUA..? di mana perginya ILMU yang kau perolehi..?  semuanya menjadi persoalan..

     Tahun demi tahun berlalu... kau membuat keputusan untuk menghantarku ke RUMAH ORANG-ORANG TUA..!!  ya.. aku menerimanya dengan senyuman.. TETAPI anakku.. hatiku menangis kerana HAMPA anakku sanggup berbuat demikian.. aku tak sanggup lagi berkata apa.. aku sering berdoa dan sujud kepada allah.. "YA ALLAH.. KAU AMPUNKANLAH DOSA-DOSA ANAKKU YA ALLAH.."

  

No comments:

Post a Comment

Followers