I Love My Family ^_^ muuaaahhhxxx

Photobucket

Thursday, October 25, 2012





19 KEISTIMEWAAN WANITA

1. Doa wanita itu lebih makbul daripada lelaki kerana sifat penyayang yang lebih kuat daripada lelaki. Ketika ditanya kepada Rasulullah SAW akan hal tersebut, jawab baginda , " Ibu lebih penyayang daripada bapa dan doa orang yang penyayang tidak akan sia-sia."

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik daripada 1000 lelaki yang soleh.

3. Barangsiapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah .Dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Wanita yang tinggal bersama anak-anaknya akan tinggal bersama aku (Rasulullah SAW) di dalam syurga.

5. Barangsiapa membawa hadiah (barang makanan dari pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya) maka pahalanya seperti melakukan amalan bersedekah.Hendakla h mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa yang menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.

6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.

7. Barangsiapa mempunyai tiga anak perempuan atau tiga saudara perempuan atau dua anak perempuan atau dua saudara perempuan lalu dia bersikap ihsan dalam pergaulan dengan mereka dan mendidik mereka dengan penuh rasa takwa serta sikap bertanggungjawab, maka baginya adalah syurga.

8. Apabila memanggil akan dirimu dua orang ibu bapamu, maka jawablah panggilan ibumu terlebih dahulu.

9. Daripada Aisyah r.a." Barangsiapa yang diuji dengan sesuatu daripada anak-anak perempuannya lalu dia berbuat baik kepada mereka, maka mereka akan menjadi penghalang baginya daripada api neraka.

10. Wanita yang taat berkhidmat kepada suaminya akan tertutuplah pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga. Masuklah dari mana-mana pun pintu yang dia kehendaki dengan tidak dihisab.

11. Wanita yang taat pada suaminya, maka semua ikan-ikan di laut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga solat dan puasanya.

12. Aisyah r.a berkata, "Aku bertanya kepada Rasulullah, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita?" Jawab Rasulullah SAW "Suaminya." " Siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah SAW, "Ibunya."

13. Perempuan apabila sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta kepada suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana sahaja yang dikehendaki.

14. Tiap perempuan yang menolong suaminya dalam urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dalam syurga terlebih dahulu daripada suaminya (10,000 tahun).

15. Apabila seseorang perempuan mengandung janin dalam rahimnya,maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkan baginya setiap hari dengan 1,000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1,000 kejahatan.

16. Apabila seseorang perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkan baginya pahala orang yang berjihad pada jalan Allah.

17. Apabila seseorang perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa-dosa seperti keadaan ibunya melahirkannya.

18. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan daripada susunya diberi satu kebajikan.

19. Apabila semalaman seorang ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yang sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 orang hamba dengan ikhlas untuk membela agama Allah SWT.


ALHAMDULILLAH.. Seperti biasa SEINFINITY kesyukuran kerana masih lagi bernafas di bumi yang nan indah damai.. hanya sekadar perkongsian bersama..

6 JENIS WANITA MALANG

“Jangan engkau kahwini wanita yang enam, jangan yang Ananah, yang Mananah, dan yang Hananah, dan jangan engkau kahwini yang Hadaqah, yang Baraqah dan yang Syadaqah.”

Wanita Ananah:banyak mengeluh dan mengadu dan tiap saat memperalatkan sakit atau buat-buat sakit.

Wanita Mananah:suka membangkit-bangkit terhadap suami. Wanita ini sering menyatakan, “Aku membuat itu keranamu”.

Wanita Hananah: menyatakan kasih sayangnya kepada suaminya yang lain, yang dikahwininya sebelum ini atau kepada anaknya dari suami yang lain.

Wanita Hadaqah: melemparkan pandangan dan matanya pada tiap sesuatu, lalu menyatakan keinginannya untuk memiliki barang itu dan memaksa suaminya untuk membelinya.

Wanita Baraqah: ada 2 makna, pertama yang sepanjang hari mengilatkan dan menghias mukanya, kedua dia marah ketika makan dan tidak mahu makan kecuali sendirian dan diasingkannya bahagianya.

Wanita Syadaqah: banyak cakap tidak menentu lagi bising.

Dicatat oleh Imam Al-Ghazalli

Monday, August 6, 2012

AKU STRESS..!!

            ALHAMDULILLAH.. Seperti biasa SEINFINITY kesyukuran kerana masih lagi bernafas di bumi yang nan indah damai. Segala coretan ini hanyalah sekadar untuk diri dan anda semua. AKU STRESS...!! Tajuk di atas hanyalah sebagai penarik perhatian :-) .

  Kerja.? Sekolah..? Couple.? Duit.? berilah apa sekalipun.. "Ia, aku pasti ok je.. rilex arr.."
Tahun, bulan, hari, jam, minit, saat kian berlalu namun semangat yg dulu diluahkan kini semakin pudar.

      Kita ambil satu kisah pegawai perkhidmatan pelanggan. Di saat pelanggan yang ramai dengan karenah masing juga "aku" sebagai staff haru menjaga dan mengekalkan "body contact" bersama pelanggan.

Boss : "Lim, u ambik nombor hp ni kalo customer I call u tolong jawab bcoz I won't be here later.
Lim : "ok Sir"

    Sambil melaksanakan tugas sambil memenuhi keperluan customer tiba-tiba telefon berdering.. "eh itu mungkin customer yg tuan aku maksudkan" bisik hati Lim. Hendak ditinggalkan kaunter seketika akan tetapi customer semakin ramai. Harus bagaimana.?

Lim : "Encik, mohon maaf sebentar saya harus menjawab panggilan."
Pelanggan : "ok, xpa.. saya faham" sambil tersenyum.

    Ketika perbualan melalui telefon, telinga ku mendengar perbualan di belakang dan staff2 lain. "Bukan main lagi Lim boleh layan hp sambil melayan pelnggan di hadapan. Sungguh x sopan. Itu ke yg boss kta banggakan THE BEST STAFF..? " Dalam bisikan hati hanya Allah yang tahu. Akan tetapi selepas itu, aku terus memikirkan.

    Belum lagi dengan masalah di rumah, "makwe", kerjaya, rakan sekerja dan sebagainya. Amat memohon maaf kerana apa yang hasilkan di blog ini tidaklah seperti yang anda harapkan akan tetapi sebagai satu perkongsian kerana benda ini juga ada sedikit berkaitan dengan Sayeeeee  kih5.. amek kaw...

Selamat Berpuasa nong~ kot2 yg x terawih tu.. untong sangat korang kje GOV / Swsta yg xkje mlm.. so terwaih laa.. aku ni dok mencari2 teman kalo leh nk sgt tukar shift akan tetapi tiada harapan hendaknya.. Allah maha mengetahui.  






Sunday, July 29, 2012

Khas Buat Sahabat Ku~

Assalamualaikum w.b.t. kepada pembaca-pembaca yang mengunjungi blogku semoga kalian dirahmati allah s.w.t.. Setinggi penghargaan.. sekalung & ribuan kesyukuran ku panjatkan kepada yang MAHA ESA kerana kesihatan ku masih dapat bertahan.
  Seperti sebelumnya, SEINFINITY kesyukuran kerana masih lagi bernafas di bumi yang nan indah damai. Segala coretan ini hanyalah sekadar untuk diri dan anda semua. Telah lama juga tidak "mengupdate" blog ni.. huh..

Ya, aku, kamu, engkau, dia, mereka dan kita semua juga mempunyai sahabat. Akan tetapi yang bagaimana.? Baiknya, buruknya, cantiknya, dan kekacakkan nya, kekayaan pada hartanya, kemiskinan.. semuanya juga boleh dijadikan sahabat.

  Tetapi kali ini amat berbeza.. aku merasa cukup tidak puas bersamanya.. Sahabat kami akan pergi meninggalkan kami dan meneruskan kerjayanya. Alhamdulillah impiannya bakal menjadi kenyataan. Namun, semangat kental dalam kerjasama, amat ku kagumi, membawa kami bermain bersama, menangis bersama, baru ku sedar LANGIT ITU TINGGI sebenarnya.

 Alhamdulillah, di sini mengambil segala kesempatan yang ada, Ramadhan kali ini mungkin sekali berbeza, memohon seribu kemaaafan, segala tutur kata, adab selama kita bersama, pasti ada terluka. Apatah lagi aku yang bersamanya masuk ke alam pekerjaan yg sama, dari 7 kepada 2 yg bakal tinggal kini. Sedih amat menyedihkan. Namun ada lagi yang memerlukan perkhidmatannya.

  Jasa baikmu amat ku kenang. Sahabatku..  (hari ini buka puasa bersama.. semoga tidak ku titis airmata ini.. kerana aku yakin, dia juga insan yang tabah..)

*actually ada music guys.. tapi pc ni xda suara :-)


Followers