I Love My Family ^_^ muuaaahhhxxx

Photobucket

Tuesday, January 4, 2011

BERDOSAKAH BAYI INI..?

Sekali lagi lafas bismillah aku hulurkan.. SEINFINITINYA syukur ke hadrat allah s.w.t. kerana aku masih lagi diberi kesempatan untuk bernafas.  BERDOSAKAH BAYI INI...?  Inilah kupasan tajuk yg bakal ku tampilkan utk semua pembaca.. Insyaallah sedikit sebanyak ilmu kita kongsikan bersama. 


Mungkin kehadirannya ke dunia ini tidak diingini. Namun perlukah bayi yang tidak berdosa ini diperlakukan sedemikian rupa?
Tidak dapat dibayangkan ada orang yang tergamak meninggalkan bayi yang masih bertali pusat di atas lantai di tepi pintu pagar sebuah masjid. (tidak ku nyatakan tempatnya kerana bimbang menjadi permasalahan bagi tempat tersebut)
 
Badannya dihurungi semut sewaktu ditemui. Dan bayi itu tidak lagi bernyawa.
Tidak ada manusia waras tergamak memperlakukan sedemikian. Namun itulah yang berlaku terhadap bayi perempuan ini.
Siri kekejaman terhadap bayi yang kelahirannya tidak dikehendaki nampaknya semakin menjadi-jadi dan seolah-olah tiada penamatnya. 

Inilah hasil daripada "MALAM TAHUN BARU", "HARI KEKASIH" & sebagainya.. secara tidak langsung, juga kelahiran bagi "BAYI BARU" yg tidak diketahui siapa ibubapanya..


PERSOALAN.?  Mungkinkah pada tahun baru ini 2011 kitaran bayi yg dilahirkan tanpa ibubapa ini bilangannya SIFAR (0%) seperti yang dijanjikan.? atau lebih ramai..?  kepada sahabat2.. remaja2.. adik2.. CINTA YG HAKIKI ADALAH CINTA KALIAN KPD ALLAH..  BIARLAH KASIHMU HANYA KPD ALLAH.. NESCAYA KAMU BAHAGIA DUNIA & AKHIRAT.



3 comments:

  1. pembaca2 semua dialu2kan utk komen.. aku terima seadanya.. sesungguhnya manusia tdk lari dari kesilapan..

    ReplyDelete
  2. sesungguhnya anak-anak itu amanah yang Allah berikan kepada kita untuk kita jaga,didik,asuh agar anak-anak dapat menjadi seorang anak yang soleh dan solehah..sayangilah mereka seperti mana mereka akan menyanyangi kamu apabila mereka telah meningkat dewasa...:)

    ReplyDelete

Followers