I Love My Family ^_^ muuaaahhhxxx

Photobucket

Friday, January 7, 2011

~♥ஜ۩۞۩ஜ♥~ NASIB ANAK KECIL SEBAGAI PEMINTA SEDEKAH

       Assalamualaikum w.b.t. kepada pembaca-pembaca yang mengunjungi blogku semoga kalian dirahmati allah s.w.t.. Setinggi penghargaan.. sekalung & ribuan kesyukuran ku panjatkan kepada yang MAHA ESA kerana kesihatan ku masih dapat bertahan.
  
     Di kesempatan yang ada ini... tajuk nasib anak kecil sebagai peminta sedekah menjadi pilihanku untuk memulakan cerita. Alhamdulillah lahirnya aku ke muka bumi ini, aku masih lagi bernyawa, mempunyai ibu bapa, sempurna akal fikiran ku, anggota badan ku lengkap dengan kaki dan tangan.

    Ku merasa nikmat yang KAU berikan kepadaku.. nikmat IMAN & ISLAM, nikmat sihat, sakit, ibubapa, keluarga, kawan-kawan, adik beradik, alhamdulillah. Tetapi berbeza dengan si anak kecil ini.. Sangat jauh berbeza.. Kais pagi makan pagi, kais petang makan petang, setiap sisa makanan yang dijumpainya di jalanan mahupun tong sampah, tiada lagi halal haram baginya.

    Namun begitu, si anak kecil ini akan mencari sumber makanan dengan pelbagai cara untuk menyara adiknya.. Tidur di tiang lampu jalanan menjadi kebiasaan bagi dirinya. Berselimutkan angin, berlantaikan kotak.. baginya cukuplah sekadar adiknya mendapat makanan yang mencukupi.

    Keesokkan harinya, seperti biasa.. memulakan langkah satu persatu tanpa mengetahui kemana harus dituju.. berkaki ayam perkara biasa bagi si anak kecil ini.. tanpa rasa segan silu. sambil menghulur tin kosong " abg.. kasihanilah saya.. adik saya perlukan makanan".. KLING.. bunyi syiling yang dimasukkan ke dalam tin kosong tersebut. "terima kasih abg".. Betapa lebarnya senyuman si anak kecil ini walaupun hanya memperolehi 20sen.

    Perjalanan diteruskan.. kerana belum cukup untuk memperolehi RM1 untuk sebungkus nasi. "bagaimana ini, adikku tidak henti-henti menagis, pasti dia haus dan lapar.... ya allah..kau permudahkanlah urusan ku.." Matahari semakin terik memancar.. "pasti sudah tengah hari.." ujarnya.. "adikku tak henti-henti menagis..".. "sabar ye dik, kita cari duit lagi..".. aku meneruskan langkah mencari 80sen demi untuk membeli air untuk diberikan kepada adikku.. alhamdulillah.. pada jam 5 petang aku perolehi RM2.20..

    Hatiku tertanya-tanya.. adikku senyap.. bagiku mungkin adikku telah penat menangis dan kembali tido.. aku pun memdukungnya dan singgah ke kedai makanan.. di tepi jalanan.. tempat menunggu kenderaan awam.. "adik.. abg belikan air untuk adik.. adik bukalah mata..".. lebar senyum ku menunggu adikku membuka mata.. kerana aku tidak sabar untuk memberinya minum.. "adik bukalah mata.."..

      Aku semakin risau.. air mataku mengalir.. "adik.. bangunlah adik.. abg bawakan air.. maafkan abg adik.. adik bangunlah...".. Ternyata adikku telah pergi untuk selamanya... "ABANG SAYANG ADIK..MAAFKAN ABANG..."...

p/s : tetiba mgalir air mataku menaip cerita ini.. pada mulanya hanya sekadar nurkilan..tetapi aku memasukkan diriku dalam cerita yang ku coretkan ini..  subhanaallah.... allah maha besar.

1 comment:

Followers